This page contains answers to common questions handled by our support
staff, along with some tips and tricks that we have found useful and presented here as
questions.
Note: In these answers we will follow a few shorthand conventions for
describing user-interface procedures. Key combinations will be presented like this: Ctrl+Alt+Delete,
which means that you should press and hold down the Control key, the Alt key, and the
Delete key at the same time. Menu selections will be presented like this: File->Open,
which means that you should open the File menu, and then make the Open selection.
- Menu PPk
- Menu Lot Sawah
- Menu Pengusaha
- Menu Pengedaran Baja
- Menu Pengedaran & Hantaran
- Menu Komisyen
- Menu Buku Stok
- Menu Laporan

Setiap PPK dikehendaki mendaftarkan satu kali sahaja nama PPK mereka yang terdiri
daripada Kod Negeri, Kod Daerah, Kod Mukim, No. PPK dan No. Akaun.
Maklumat penting: Medan No. Akaun PPK adalah medan auto display di mana No. akaun PPK akan
dipaparkan secara automatik apabila semua medan (field) database mengenai kod-kod di atas
telah dipenuhi.
Masukkan semua butiran data yang telah disediakan di dalam format menu PPK berkenaan dan
jangan lupa memasukkan senarai nama unit peladang di bawah PPK.

i) Daftar Lot Sawah
Semua pendaftaran lot sawah hendaklah dimulai disini. Masukkan semua data dimedan format
yang telah disediakan itu.
ii) Cari No. Lot (Search)
Kemudian nombor lot sawah yang telah didaftarkan tadi bolehlah dicari melalui menu `Cari
No. Lot' ini. Fungsinya adalah untuk membolehkan kita mengetahui siapakah pemilik sawah
serta pengusaha-pengusaha sawah di bawahnya.
Caranya: Pilih nombor lot yang terpapar dan klik OK disebelah atas penjuru kirinya.
iii) Cari Nama Pemilik Lot Sawah
Caranya: Pilih nama pemilik yang tersenarai dijadual dan kemudian tekan OK disebelah atas
penjuru kirinya.
Kesemua menu `Cari No. Lot dan Cari Nama Pemilik' itu akan memaparkan data seperti dirajah
di atas.
iv) Pilihan Lain-lain
Menu ini memberi pilihan yang lebih luas (pelbagai) dari segi mencari atau search
stringnya. Ianya akan mencari semua maklumat yang dimasukkan di dalam mana-mana medan
(field) database yang terdapat di dalam format di atas.
Dengan itu, maka ianya memberi peluang yang besar kepada kita untuk mencari sesuatu data.
Contohnya mungkin kita terlupa akan Nombor I/Cnya maka boleh kita mencari mengikut Nama
Pemilik; atau sekiranya terlupa juga akan Nama Pemilik, No. I/C maka bolehlah kita mencari
mengikut No. Gerannya atau No. Cadestrial Sheetnya.
v) Edit Lot Sawah
Klik di menu Edit Lot Sawah dan kemudian cari No. Lot yang hendak dieditkan. Selepas itu,
buat pindaan/editing terhadap mana-mana data yang hendak dipinda dan kemudian tekan Enter.
vi) Pengusaha Lot Sawah - Cetakan
Menu ini berfungsi untuk mencetak semua data yang telah dimasukkan tadi mengikut Negeri,
Daerah dan Mukim.
vii) Sawah Bermasalah - Cetakan
Menu ini memaparkan semua data-data yang telah disalahmasukkan seperti permohonan tanah
yang lebih dari jumlah yang disyaratkan.
viii) Pemilik Lot Sawah - Cetakan
Di dalam menu ini, kita boleh mencari senarai nama pemilik sawah mengikut Kod Mukim mana
sahaja yang hendak dicari. Kita cuma masukkan sahaja nombor Kod Mukim dan klik OK. Maka
akan tersenarailah semua pemilik berserta dengan nombor lot, nombor geran, nombor
cadestrial sheet serta hak milik tanah.

Menu Peladang pula dibahagikan kepada menu seperti di bawah:
| a) |
Daftar Pengusaha |
| b) |
Edit Pengusaha |
| c) |
Cari Pengusaha |
| d) |
Multiple Query |
| e) |
Manual Lulus Baja |
| f) |
Edit Baja |
| g) |
Cari Baja Mengikut Musim |
| h) |
Error List |
Dalam bahagian menu peladang ini segala aktiviti yang ada kaitan dengan gerak
kerja seseorang pengusaha sawah yang menjalankan kerja menyewa atau milik tanahnya sendiri
akan di kawal melalui menu peladang ini. Iaitu :-
a) Daftar Pengusaha
Dalam format ini terdapat butiran peribadi mengenai seseorang pengusaha tanah sawah serta
butiran tanah sawah yang diusahakan oleh mereka. Terdapat 2 muka surat dalam proses
pengisian data maklumat di menu ini.
Format 1:- Di muka 1.
Format 2: Di muka 2.
b) Edit Pengusaha
Fungsi edit pengusaha adalah untuk meminda apa-apa data yang telah dimasukkan melalui menu
Daftar Peladang.
c) Cari Pengusaha
Fungsi cari pengusaha adalah untuk mencari nama pengusaha tanah sawah dan untuk mengetahui
siapakah nama pemilik sawahnya.
d) Multiple Query
Fungsinya adalah sama sepertimana menu Pilihan Lain-lain yang terdapat di `Menu tanah
Sawah' di atas.
e) Manual Lulus Baja
Tujuan menu ini dibuat adalah untuk meluluskan pengedaran baja kepada petani samada secara
manual yang membawa makna iaitu meluluskan pemberian baja kepada petani tanpa menggunakan
konsep `Auto-Lulus Baja'. Selain itu ianya juga digunakan untuk menangguhkan terlebih
dahulu kelulusan pemberian baja padi kepada seseorang petani yang mana petani itu masih
lagi diragui akan kesahihan kelayakan bagi mendapatkan bantuan baja padi.
f) Edit Baja
Tujuan menu ini adalah untuk mengedit data yang dimasukkan melalui menu `Manual Lulus
Baja'. Masukkan nama peladang di medan No. Pendaftaran peladang dan klik OK. Data nama
peladang akan dipaparkan, kemudian editkan mana-mana data peladang yang hendak diproses
samada lulus atau tidak lulus baja.
g) Cari Baja Ikut Musim
Masukan tahun yang hendak dicari dan musim mana seseorang petani mengusahakan tanah
sawahnya.
h) Error List
Error list adalah terdiri daripada data yang tersalah diproses seperti keluasan tanah yang
melebihi had kelayakan dan lain-lain lagi.

Proses seterusnya adalah mengenai menu pengedaran baja padi.
Di dalam ini juga dibahagikan kepada beberapa menu yang lain sebagaimana berikut:-
| a |
Menu Pengedaran Baja |
| b |
Status Pengedaran |
| c |
Worksheet Kelulusan Baja |
| d |
Worksheet SBBP5 |
| e |
Worksheet Inventori Baja |
| f |
Laporan Harian |
| g |
Crosstab SBBP5 - Pilihan |
| h |
Laporan Bulanan |
| i |
Stok Semasa |
| j |
SBBP5 |
Pertanyaan Pengedaran
Tujuannya adalah untuk membolehkan kita bertanya kepada sistem ini
mengenai bilangan peladang yang telah diluluskan baja padi dan bilangan peladang yang
tidak diluluskan baja padi.
Apabila kita memilih "tidak" maka hanya peladang yang tidak diluluskan baja padi
sahaja yang dipaparkan. Begitu juga jika kita memilih "LULUS" maka hanya data
peladang yang diluluskan baja padi sahaja yang akan dipaparkan.
Didalam menu ini kita bolehlah mengetahui mengenai status pengedaran baja padi, jumlah
jenis baja yang diluluskan, baki jenis baja serta urutan tarikh penerimaan baja oleh
petani/peladang. Daripada sana juga kita boleh mengetahui seseorang petani itu mengambil
baja daripada stokis mana serta jumlah baja yang di ambil
Status Pengedaran
Tujuannya adalah untuk mengetahui status baja padi sepertimana yang berikut:-
Iaitu pada musim apa dan pada tahun tahun apakah status baja padi:-
i) Sudah ambil
ii) Masih Berbaki
iii) Terlebih Ambil
Worksheet Kelulusan Baja
Menu ini adalah untuk mengetahui bilangan petani yang telah dan tidak
diluluskan baja padi. Bezanya cuma ia dipaparkan dalam bentuk helaian ataupun spreadsheet.
Caranya ialah klik dibutton LULUS dan pilih samada Lulus atau Tidak di button yang
dipaparkan. Selepas itu klik OK.
Worksheet SBBP5
Ianya jua dipaparkan dalam bentuk helaian ataupun spreadsheet yang menunjukkan senarai
petani yang menerima baja padi bagi sesuatu tahun serta tempat stokisnya. Lihat rajah
dibawah.
Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, sila lihat di menu program Skim Bantuan Baja
Padi.
Worksheet Inventori Baja
Tujuannya adalah untuk mengetahui lokasi stokis manakah sesuatu bajapadi itu telah diambil
dan baki baja padi yang masih tersimpan. Lihat rajah dibawah.
Laporan Harian
Ianya bertujuan untuk mencetak laporan mengenai:-
a) Inventori Pengeluaran Harian
Tujuannya adalah untuk mencetak dan mengawal pengedaran baja padi keluar. Lihat contoh
laporan di menu program sistem.
b)Pengedaran Baja Harian
Ianya mencetak secara detail atau terperinci mengenai pengedaran keluar baja kepada
petani.
Crosstab SBBP5 - Pilihan
Masukkan bulan dan tahun berapakah sesuatu pengedaran baja yang hendak kita ketahui.
Selepas itu klik OK
Laporan Bulanan
Menu ini serupa dengan menu di g) Crosstab SBBP5 - Pilihan seperti di atas. Lihat contoh
laporannya di program sistem ini.
Stok Semasa
Tujuannya adalah untuk membolehkan kita mengetahui status kedudukan stok dilokasi
stor-stor yang menempatkan penyimpanan subsidi baja padi. Dengan ini ianya menolong kita
mengesan dari awal kedudukan stok
.

Menu ini juga dibahagikan pula kepada beberapa menu yang lain sebagaimana berikut:-
| Pesanan/F4 |
| Penerimaan baja |
| Baja 1 |
| Baja 2 |
| SBBP100B (Pesan) |
| SBBP100B (Terima) |
| Padi 2002 (2/89/3) |
| Padi 2002 (2/89/4) |
| Perkara 6.2 (Pesan) |
| Perkara 6.2 (Terima) |
| Subsidi 5.FRM |
| Laporan Aktiviti Baja |
Laporan Aktiviti Baja
Ianya adalah suatu laporan cetakan yang merekodkan segala aktiviti pengedaran baja
seperti:
a) Tarikh penerimaan pesanan
b) Bilangan kampit baja yang dipesan
c) Bilangan kampit baja yang diterima
d) Telah diedar
e) Dipindahkan
f) Perbezaan antara pesanan dan penerimaan samada bertambah atau
berkurang
Subsidi 5.FRM
Ianya juga adalah format laporan bulanan Bantuan Baja Padi. Ianya adalah sama seperti
dimenu cetakan Padi 2002 sebagaimana yang tersebut diatas.

Didalam menu ini pula dibahagikan pula kepada Menu Komisyen dan Laporan Harian. Menu
komisyen pula dibahagikan kepada:-
| Komisyen auto-update |
| Edit komisyen |
| Aging report |
| Bayaran komisyen |
| Laporan pengedaran |
| Laporan harian |
| SSBPADI.WPD |
| Format 1 |
| Format 11 |
| Format 111 |
| Baja 1 |
| Baja 2 |
| Baja 3 |
| Baja 4 |
| Baja 5. |
Komisyen Auto-Update
Sila klik dimedan SSBP6A dan pilih nombor akaun yang disenaraikan.
Kemudian kemaskinikan jumlah baja-baja yang diterima.
Edit Komisyen
Tujuannya adalah untuk mengeditkan data komisyen yang telah dimasukkan
menu komisyen auto-update di atas tadi.
Aging Report
Iaitu laporan pengumuran akaun yang memaparkan pengumuran secara automatik.
Bayaran Komisyen
Masukkan nombor akaun PPK dengan cara iaitu klik di medan nombor akaun tersebut.
Laporan Pengedaran
Laporan ini adalah laporan mengenai status pengedaran baja bagi semua musim.
Laporan Harian
Laporan ini merekodkan segala urusniaga peredaran baja yang berlaku pada setiap hari
secara terperinci.
SSBPADI.WPD
Sekiranya kita hendak mengetahui status pergerakan baja padi pada bulan, tahun dan musim
mana yang kita hendaki maka kita cuma memasukkan semua medan yang dipaparkan.
Format 3
Format ini adalah maklumat kedudukan baja di stor PPK pada sesuatu tahun.
Format 1
Sila lihat di menu laporan.
Format 2
Ianya sama seperti di format 1 di atas yang terdiri daripada Anggaran Keperluan Baja pada
tahun hadapan. Masukkan tahun, nama PPK dan bilangan anggaran keperluan baja mengikut
jenis baja dalam sesuatu bulan.
Baja 1
Sila lihat di menu laporan.
Baja 2
Sila lihat di menu laporan.
Baja 3
Format ini adalah mengenai pelupusan baja subsidi oleh Kementerian Pertanian. Masukkan
semua butiran yang diperlukan di dalam format yang disediakan itu.
Baja 4
Sila lihat di menu laporan.
Baja 5
Masukkan bilangan tahun, bulan dan musim untuk mengetahui kedudukan komisyen dalam sesuatu
bulan, tahun dan musim tertentu.
.
Menu buku stok pula terdiri daripada:-
| i) Stok semasa |
| ii) Pindahan stok |
| iii) Baki awal stok |
| iv) Worksheet inventori |
| v) Pertanyaan inventori |
| vi) Kedudukan stok stokis |
| vii) Summary Stok PPK |
| viii) SBBP 100A |
Lihat rajah sebagaimana di bawah:-
Stok Semasa
Ia adalah senarai baki stok yang terdapat di PPK mengikut jenis-jenis baja.
Pindahan Baja
Isikan data-data dimedan-medan yang disediakan dan tekan butang "sila
klik jika bersedia".
Baki Awal Stok
Ianya adalah baki stok yang terdapat di lokasi tertentu di sesebuah PPK.
Worksheet Inventori
Ianya adalah inventori yang menunjukkan pergerakan baja-baja dari satu
lokasi ke satu lokasi yang lain secara umum.
Pertanyaan Inventori
Sekiranya kita ingin mengetahui secara khusus mengenai kedudukan
lokasi di sesuatu stor atau sub-stokist maka kita masukkan butiran yang
kita kehendaki itu di mana-mana medan yang ada dan kemudian 'klik OK'.
Kedudukan Stok Stokist
Ianya memaklumkan kepada kita akan kedudukan penerimaan dan
pindahan baja dari stor serta diantara substokist yang ada.
Ringkasan Stok PPK
Ianya adalah suatu spreadsheet tambahan yang memberi maklumat kepada
kita akan ringkasan jenis-jenis baja yang terdapat di stor serta sub-stokist
mengikut unit-unit peladang atau nombor akaun yang ada.
SBBP 100A
Ianya bertujuan untuk membolehkan kita menganalisa pada bulan dan
tahun berapakah jumlah atau bilangan baja itu masih berbaki.
.
Laporan ini terdiri daripada cetakan borang laporan asas SBBP iaitu:-
| i) |
SBBP 1 |
| ii) |
SBBP 2 |
| iii) |
SBBP 3 |
| iv) |
SBBP 4 |
| v) |
SBBP 5 |
| vi) |
SBBP 6 |
| vii) |
SBBP 6A |
| viii) |
SBBP 8 |
| ix) |
Format 1 |
| x) |
Format 11 |
| xi) |
Format 111 |
| xii) |
Baja 1 |
| xiii) |
Baja 2 |
| xiv) |
Baja 3 |
| xv) |
Baja 4 |
| xvi) |
Baja 5 |
| xvii) |
SBBP 100B (Pesanan) |
| xviii) |
SBBP 100B (Terimaan) |
| xix) |
Padi 2002 (2/89/3) |
| xx) |
Padi 2002 (2/89/4) |
| xxi) |
Subsidi5.Frm |
| xxii) |
SSBPADI.WPD |
Kesemua laporan bagi borang-borang SBBP, format dan lain-lain yang tersebut di atas tadi
adalah terdapat sebagaimana di menu laporan itu:-
Sila klik di menu laporan dan pilih mana laporan yang hendak dicetak sebagaimana yang
dikehendaki.